Entri kali ni khas untuk orang Putrajaya, macam aku lah hehe … Ada beberapa promosi buffet di sekitar Putrajaya yang sempat aku dapatkan info sehari dua ni, ada yang mahal dan ada yang berpatutan, jadi pilihlah mana yang berkenan di hati, berselera di mulut dan mampu di poket masing-masing :).


Restoran Dapurmas, Presint 9
Dewasa = RM28, Kanak-kanak = RM10. 
Contact : 013 – 3310299

Kelab Tasik Putrajaya
Dewasa RM47++. 
Contact : 03-8889 5008

Powerbowl Cafe @ ARL Powerbowl Alamanda
Dewasa = RM40 nett, Kanak-kanak = RM20 nett. 
Contact : 03-8889 4991 / 4992

Mangiamo! Cafe @ Taman Ekuestrian Putrajaya, Precint 5 
Dewasa = RM57nett, Kanak-kanak = RM35 nett
Contact : 03-8888 6080

Palm Hill Cafe @ Shangri-la Putrajaya
Dewasa = RM110nett, Kanak-kanak = 50% less 
Contact : 03-8887 8882



Chakri Xpress @ Alamanda

Penang Village @ Alamanda

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Cruise Tasik Putrajaya

Pullman Putrajaya Lakeside


Palm Cafe @ IOI Palm Garden 

Verandah, Cyberview @ Cyberjaya


Buffet Ramadhan 2012/1433 (below RM50) part 4
Link ke page sambungan yang berkaitan juga dgn buffet ramadhan tahun ini :

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-bawah-rm50.html

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50.html

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_24.html

PENANG VILLAGE RESTAURANT




BEGONIA COFFEE HOUSE
UKM PURI PUJANGGA



HOTEL UITM SHAH ALAM



INTAI-INTAI RESTAURANT



THE SULTANI RESTAURANT
FLAMINGO HOTEL, AMPANG

Hari ke-4 bulan Ramadhan 1433 … Alhamdulillah cuaca amat membantu mengurangkan rasa letih, hari ini lepas Subuh tadi hujan menyirami bumi Putrajaya, walaupun seketika tapi rasa sejuk dan nyaman tu masih terasa di pagi ni.

Ok, mari kita sambung info buffet Ramadhan semalam dengan beberapa lagi lokasi buffet ramadhan dengan harga berpatutan untuk tahun ini.

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_9277.html
http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-bawah-rm50.html
http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50.html

BANGI GOLF RESORT
MAEPS BUFFET/AROMA BUFFET
(DEWAN BANQUET UPM)


DE PALMA HOTEL


SOULED OUT


AR-RAUDHAH STEAMBOAT

Sebagai rujukan diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi menjenguk blog ni, di sini disertakan senarai waktu Imsak & Berbuka Puasa 2012/1433 Hijrah bagi kawasan rumah aku di Kuala Lumpur/ Putrajaya dan kawasan kampung halaman aku di Negeri Perlis. 


Untuk kawasan-kawasan lain boleh lah rujuk ke link JAKIM, sila klik link di bawah …
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia


Sambung lagi … list ni akan aku update dari semasa ke semasa kalau terjumpa lagi promo2 yang harga bawah RM50 ni, so rajin-rajin ler jenguk blog aku yang tak seberapa ni pada bulan puasa ni yer 🙂

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-bawah-rm50.html
http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_24.html
http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_9277.html

BORA OMBAK CAFE & WEDDING

DE JA VU RESTAURANT

POYO .. Simply Malaysian

CAPRICCIOSA Restorante Italiano

CROWN CAFE
CRYSTAL CROWN KL


Salam Ramadhan sekali lagi …
Ok .. dengan ikhlasnya aku senaraikan beberapa lokasi dan promosi buffet Ramadhan untuk tahun ini 2012 bersamaan 1433 Hijrah … 

Silalah mencuba, lagipun harga2nya amat berpatutan di bawah RM50 … kalau sudi ajak ler aku sekali yer … alaa bulan-bulan puasa ni baik kalau belanja kawan2 berbuka puasa bersama nih hehehehe …. Selamat Berpuasa semua …

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50.html

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_24.html

http://1stdisember.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-20121433-below-rm50_9277.html

KUNANG-KUNANG RESTAURANT

  

KLANG EXECUTIVE CLUB

TOPPOT CAFE
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL
LITTLE TAIWAN

Tinggalkan dulu syahdu di hati ini, kembali ke dunia realiti … ada kalanya rasa di hati perlu diluahkan tapi life must go on. 


Pagi tadi aku baru jer tiba dari kampung … tepat jam 6.45 pagi bas aku tiba di Putrajaya Sentral. Sampai juga hajat aku untuk menyambut 1 Ramadhan di kampung. Sahur pagi tadi kat RnR Ulu Bernam, mujur orang tak ramai, hanya beberapa bas jer yang berhenti kt RnR tu. Biasa ler balik kampung dengan bas, save bajet … kampung aku bukan dekat, kalau nak balik dengan kereta kena belanja dekat RM300, campur dengan letih lak, tak berbaloi nak balik dengan kereta kalau setakat cuti 2-3 hari. Tapi time cuti raya nanti kena jugak balik dengan kereta, kalau tak, patah kaki nak ronda2 time raya hehe.

Ok, simpan dulu bab raya … meh citer bab puasa, dan yang paling diminati tentunya juadah berbuka, semasa di kampung aku sempat ke beberapa lokasi pasar Ramadhan di Perlis. Tapi kali ni pasar ramadhan mcm kurang best mcm tahun2 lepas. Di Kangar lokasi baru di Stadium terasa amat tak seswai dan menyebabkan kesesakan lalulintas yang amatlah dahsyat pada hari pertama, sampai motorsikal pun tak boleh bergerak. Lokasi lain seperti di Jejawi nampak mcm x organise, ada sekumpulan peniaga di lokasi lama berhampiran Mobil Jejawi dan ada sekumpulan di lokasi baru di kawasan medan mara baru jejawi. Cuma yang nampak ok sikit di Arau, lokasi sama tahun lepas cuma yang dirisaukan lokasi itu jugak lah lokasi pasar malam Arau, konfirm hari pasar malam akan jadi pertembungan antara peniaga pasar ramadhan dan peniaga pasar malam. Jadi rakan2 di kampung nasihat aku pegi pasar ramadhan dengan motorsikal sudah, pegi dengan kereta nanti korang buang pahala ker duk maki orang hehehe.


Berbalik tentang juadah dan hidangan berbuka puasa, tahun lepas aku ada senaraikan beberapa lokasi buffet Ramadhan yang boleh dijadikan pilihan sekitar Lembah Klang, so tiba2 tahun ni ada lagi sorang dua member yang bertanyakantempat2 yg ada buffet. Adeh, biasa ler cenggini, kalau bab tempat makan kadang2 aku jadi kaunter pertanyaan sebab aku mmg selalu redah lokasi baru kalau ada member2 refer. Jadi untuk memudahkan saper2 yang rajin baca blog aku ni, aku akan senaraikan beberapa lokasi yang ada sediakan buffet ramadhan untuk kali ini dan yang harganya bawah RM50 … yang mahal2 korang cari sendiri ler, bukan apa, aku tak nak jadi ejen membantu korang membazirkan duit di bulan mulia ni. Ingat berbelanja biar setakat yg mampu dan sederhana. Jadi RM50 ke bawah tu rasanya dah berpatutan ler tu, kalau korang pegi pasar ramadhan pun baling kurang habis dalam RM20-30 juga kan hehehe … so tungguuuuuuuuu …
Selamat datang Ramadhan 1433 …
Kehadiranmu Ramadhan sentiasa dinantikan setiap jiwa umat Muslim.
Pembawa sejuta harapan da sinar dalam menambah saham setiap jiwa Muslim untuk dibawa ke akhirat nanti.

Ramadhan 1433 ini buat pertama kalinya, hati ini terasa amat syahdu, selepas 32 tahun bersama akhirnya Ramadhan kali ini aku sekelaurga menyambutnya tanpa kehadiran Ayahku yang tersayang. Kepergian Ayah ke Rahmatullah lebih kurang 10 bulan lepas amat terasa bila tiba bulan ini. Tiada lagi kelibatnya di hujung meja makan, tiada lagi terdengar suara pertanyaan Ayah pukul masuk waktu berbuka. Selalunya sambil menunggu waktu berbuka Ayah akan duduk di kerusi malas dan memandang ke luar tingkap rumah melihat kereta lalu lalang di jalan serta mendengar alunan lagu2 dan iklan2 sempena Ramadhan di corong radio. Maklumlah di tv waktu berbuka yg disiarkan hanya waktu di lembah Klang, jadi Perlis.FM lah rujukan terbaik untuk memastikan waktu tepat, suara azan dari masjid kdg2 dengar kdg2 tak dengar. Dan masa makan Ayahlah yang akan selesai makan dahulu dan bangun menunaikan solat Maghrib dulu, sebelum dia kembali berehat sebentar di kerusi sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci di radio dan kembali bersiap pula untuk ke masjid bagi solat Terawikh. Selalunya Ayah akan keluar dulu sebab Ayah akan ke masjid yang agak jauh dari rumah, dah kebiasaaan Ayah, aku cuma pergi masjid yg dekat jer.

Ketiadaan Ayah membuatkan jiwa aku bergolak dan memaksa diri aku untuk memastikan aku pulang menyambut hari pertama Ramadhan di kampung sebagai memberi semangat kepada Ibu dan Kakak ku yang juga terasa akan kehilangan Ayah. Sebelum ni aku jarang pulang pada 1 Ramadhan sebab aku simpan cuti untuk cuti lebih panjang pada cuti hari raya nanti. Tapi kali ni aku pulang juga kerana mereka memerlukan aku di waktu-waktu sebegini. Kini hanya aku waris tunggal lelaki dalam keluarga aku, makin berat tanggungjawab ini, Zakat fitrah tahun ini untuk Ibu adalah mejadi kewajipanku, walaupun sebelum ini aku juga yang mengeluarkan zakat untuk Ibu dan Ayah tapi pada masa itu aku perlu memohon kebenaran Ayah dulu kerana Ayah masih ketua keluarga, tak nak lah pula Ayah terasa apa2 dengan tindakan aku itu. Tapi kali ini ia tanggungjawabku sepenuhnya.

Itu ketika 1 Ramadhan, bagaimana dengan 1 Syawal nanti … Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menahan airmata ini dari mengalir setiap kali aku ke pusara Ayah. Ya Allah berikan aku kekuatan, Ya Allah jadikanlah aku kekuatan untuk keluargaku … Amin

Ayah … Amanlah dikau di sana … Semoga rohmu ditempatkan bersama roh mereka-mereka yang beriman … Walaupun alam kita kini berbeza tapi hati ini tetap merindui dan mengingati Ayah …

Al-Fatihah.
Assalamualaikum …

Blog aku yg dah bersawang tahap rumah tinggal, mcm abandon building ler plak … tiba2 terasa nak mengodek2 balik blog aku nih.
Lama betul tak ada catatan baru, last posting berkenaan Raya tahun lepas.

Walaupun belum sampai setahun tapi sebenarnya terlalu banyak catatan suka dan duka aku dalam masa aku tidak menjengah blog aku ni. Adakah aku rajin untuk menceritakannya, entah ler … harap aku rajin2kan diri aku, sekadar menjadi catatan untuk ingatan aku sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.

See yaa … Adioss
1 Syawal bakal menjelma dan diri ini sentiasa sedar yang diri ini hanya insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kekhilafan dan kesalahan. Oleh itu, dikesempatan ini diri ini ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan samada yang lama dan yang baru dan juga yang tidak ku kenali dan juga pembaca blog ini, sekiranya ada kekhilafan yang menyinggung perasaan.

SALAM AIDILFITRI