Sambung lagi … list ni akan aku update dari semasa ke semasa kalau terjumpa lagi promo2 yang harga bawah RM50 ni, so rajin-rajin ler jenguk blog aku yang tak seberapa ni pada bulan puasa ni yer 🙂
Ok .. dengan ikhlasnya aku senaraikan beberapa lokasi dan promosi buffet Ramadhan untuk tahun ini 2012 bersamaan 1433 Hijrah …Â
Silalah mencuba, lagipun harga2nya amat berpatutan di bawah RM50 … kalau sudi ajak ler aku sekali yer … alaa bulan-bulan puasa ni baik kalau belanja kawan2 berbuka puasa bersama nih hehehehe …. Selamat Berpuasa semua …
Sebagai rujukan diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi menjenguk blog ni, di sini disertakan senarai waktu Imsak & Berbuka Puasa 2012/1433 Hijrah bagi kawasan rumah aku di Kuala Lumpur/ Putrajaya dan kawasan kampung halaman aku di Negeri Perlis.Â
Untuk kawasan-kawasan lain boleh lah rujuk ke link JAKIM, sila klik link di bawah … Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia
Hari ke-4 bulan Ramadhan 1433 … Alhamdulillah cuaca amat membantu mengurangkan rasa letih, hari ini lepas Subuh tadi hujan menyirami bumi Putrajaya, walaupun seketika tapi rasa sejuk dan nyaman tu masih terasa di pagi ni.
Ok, mari kita sambung info buffet Ramadhan semalam dengan beberapa lagi lokasi buffet ramadhan dengan harga berpatutan untuk tahun ini.
Tinggalkan dulu syahdu di hati ini, kembali ke dunia realiti … ada kalanya rasa di hati perlu diluahkan tapi life must go on.Â
Pagi tadi aku baru jer tiba dari kampung … tepat jam 6.45 pagi bas aku tiba di Putrajaya Sentral. Sampai juga hajat aku untuk menyambut 1 Ramadhan di kampung. Sahur pagi tadi kat RnR Ulu Bernam, mujur orang tak ramai, hanya beberapa bas jer yang berhenti kt RnR tu. Biasa ler balik kampung dengan bas, save bajet … kampung aku bukan dekat, kalau nak balik dengan kereta kena belanja dekat RM300, campur dengan letih lak, tak berbaloi nak balik dengan kereta kalau setakat cuti 2-3 hari. Tapi time cuti raya nanti kena jugak balik dengan kereta, kalau tak, patah kaki nak ronda2 time raya hehe.
Ok, simpan dulu bab raya … meh citer bab puasa, dan yang paling diminati tentunya juadah berbuka, semasa di kampung aku sempat ke beberapa lokasi pasar Ramadhan di Perlis. Tapi kali ni pasar ramadhan mcm kurang best mcm tahun2 lepas. Di Kangar lokasi baru di Stadium terasa amat tak seswai dan menyebabkan kesesakan lalulintas yang amatlah dahsyat pada hari pertama, sampai motorsikal pun tak boleh bergerak. Lokasi lain seperti di Jejawi nampak mcm x organise, ada sekumpulan peniaga di lokasi lama berhampiran Mobil Jejawi dan ada sekumpulan di lokasi baru di kawasan medan mara baru jejawi. Cuma yang nampak ok sikit di Arau, lokasi sama tahun lepas cuma yang dirisaukan lokasi itu jugak lah lokasi pasar malam Arau, konfirm hari pasar malam akan jadi pertembungan antara peniaga pasar ramadhan dan peniaga pasar malam. Jadi rakan2 di kampung nasihat aku pegi pasar ramadhan dengan motorsikal sudah, pegi dengan kereta nanti korang buang pahala ker duk maki orang hehehe.
Berbalik tentang juadah dan hidangan berbuka puasa, tahun lepas aku ada senaraikan beberapa lokasi buffet Ramadhan yang boleh dijadikan pilihan sekitar Lembah Klang, so tiba2 tahun ni ada lagi sorang dua member yang bertanyakantempat2 yg ada buffet. Adeh, biasa ler cenggini, kalau bab tempat makan kadang2 aku jadi kaunter pertanyaan sebab aku mmg selalu redah lokasi baru kalau ada member2 refer. Jadi untuk memudahkan saper2 yang rajin baca blog aku ni, aku akan senaraikan beberapa lokasi yang ada sediakan buffet ramadhan untuk kali ini dan yang harganya bawah RM50 … yang mahal2 korang cari sendiri ler, bukan apa, aku tak nak jadi ejen membantu korang membazirkan duit di bulan mulia ni. Ingat berbelanja biar setakat yg mampu dan sederhana. Jadi RM50 ke bawah tu rasanya dah berpatutan ler tu, kalau korang pegi pasar ramadhan pun baling kurang habis dalam RM20-30 juga kan hehehe … so tungguuuuuuuuu …
Kehadiranmu Ramadhan sentiasa dinantikan setiap jiwa umat Muslim.
Pembawa sejuta harapan da sinar dalam menambah saham setiap jiwa Muslim untuk dibawa ke akhirat nanti.
Ramadhan 1433 ini buat pertama kalinya, hati ini terasa amat syahdu, selepas 32 tahun bersama akhirnya Ramadhan kali ini aku sekelaurga menyambutnya tanpa kehadiran Ayahku yang tersayang. Kepergian Ayah ke Rahmatullah lebih kurang 10 bulan lepas amat terasa bila tiba bulan ini. Tiada lagi kelibatnya di hujung meja makan, tiada lagi terdengar suara pertanyaan Ayah pukul masuk waktu berbuka. Selalunya sambil menunggu waktu berbuka Ayah akan duduk di kerusi malas dan memandang ke luar tingkap rumah melihat kereta lalu lalang di jalan serta mendengar alunan lagu2 dan iklan2 sempena Ramadhan di corong radio. Maklumlah di tv waktu berbuka yg disiarkan hanya waktu di lembah Klang, jadi Perlis.FM lah rujukan terbaik untuk memastikan waktu tepat, suara azan dari masjid kdg2 dengar kdg2 tak dengar. Dan masa makan Ayahlah yang akan selesai makan dahulu dan bangun menunaikan solat Maghrib dulu, sebelum dia kembali berehat sebentar di kerusi sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci di radio dan kembali bersiap pula untuk ke masjid bagi solat Terawikh. Selalunya Ayah akan keluar dulu sebab Ayah akan ke masjid yang agak jauh dari rumah, dah kebiasaaan Ayah, aku cuma pergi masjid yg dekat jer.
Ketiadaan Ayah membuatkan jiwa aku bergolak dan memaksa diri aku untuk memastikan aku pulang menyambut hari pertama Ramadhan di kampung sebagai memberi semangat kepada Ibu dan Kakak ku yang juga terasa akan kehilangan Ayah. Sebelum ni aku jarang pulang pada 1 Ramadhan sebab aku simpan cuti untuk cuti lebih panjang pada cuti hari raya nanti. Tapi kali ni aku pulang juga kerana mereka memerlukan aku di waktu-waktu sebegini. Kini hanya aku waris tunggal lelaki dalam keluarga aku, makin berat tanggungjawab ini, Zakat fitrah tahun ini untuk Ibu adalah mejadi kewajipanku, walaupun sebelum ini aku juga yang mengeluarkan zakat untuk Ibu dan Ayah tapi pada masa itu aku perlu memohon kebenaran Ayah dulu kerana Ayah masih ketua keluarga, tak nak lah pula Ayah terasa apa2 dengan tindakan aku itu. Tapi kali ini ia tanggungjawabku sepenuhnya.
Itu ketika 1 Ramadhan, bagaimana dengan 1 Syawal nanti … Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menahan airmata ini dari mengalir setiap kali aku ke pusara Ayah. Ya Allah berikan aku kekuatan, Ya Allah jadikanlah aku kekuatan untuk keluargaku … Amin
Ayah … Amanlah dikau di sana … Semoga rohmu ditempatkan bersama roh mereka-mereka yang beriman … Walaupun alam kita kini berbeza tapi hati ini tetap merindui dan mengingati Ayah …
Blog aku yg dah bersawang tahap rumah tinggal, mcm abandon building ler plak … tiba2 terasa nak mengodek2 balik blog aku nih.
Lama betul tak ada catatan baru, last posting berkenaan Raya tahun lepas.
Walaupun belum sampai setahun tapi sebenarnya terlalu banyak catatan suka dan duka aku dalam masa aku tidak menjengah blog aku ni. Adakah aku rajin untuk menceritakannya, entah ler … harap aku rajin2kan diri aku, sekadar menjadi catatan untuk ingatan aku sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.
1 Syawal bakal menjelma dan diri ini sentiasa sedar yang diri ini hanya insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kekhilafan dan kesalahan. Oleh itu, dikesempatan ini diri ini ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan samada yang lama dan yang baru dan juga yang tidak ku kenali dan juga pembaca blog ini, sekiranya ada kekhilafan yang menyinggung perasaan.
Buat pertama kali untuk Ramadhan kali ni aku berbuka di luar. Program iftar ni adalah anjuran WiSER Negeri Sembilan (WISER – gelaran untuk ahli komuniti wisecommunity.net, portal pemilik kenderaan wira aeroback special edition). Aku memang selalu join program wiser N9 ni dari tahun 2009 lagi, jadi mmg dah rapat dengan rakan di sana.
Selepas keluar pejabat aku terus menerjah highway PLUS dari exit Kajang menghala ke Seremban, Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan atau masalah. Lebih kurang 30 minit perjalanan aku tiba di lokasi petemuan dgn host program, bro Ijam di hadapan Hotel Seri Malaysia Seremban. Dari situ perjalanan diteruskan ke lokasi di Restoran Man Tomyam. Sebelum hari kejadian aku dh search tgk ttg restoran ni, dan kebanyakan feedback dari pelanggan terdahulu mmg positif terutama dari segi cepat dan original Thai taste. Jadi teruja juga nak mencuba bila dah ada jemputan nih.
Aku dan Ijam org pertama sampai diikuti oleh ahli2 WiSE N9 yang lain, total 13 orang. Bila sekali sekala bertemu ni mmg meriah suasana dengangelak tawa dan sakat menyakat. Menuju ke meja yang telah ditempah khas, aroma tom yam dan lain2 hidangan mula menerjah deria bau, mmg menyelerakan aromanya. Di atas meja telah tersedia hidangan yang baru sahaja siap dihidangkan … menu2nya … siakap sweet sour, kailan ikan masin, puyuh goreng, kerabu mangga dan tomyam campur a.k.a tomyam pok tek a.k.a perahu pecah.
Sebaik sahaja azan berkumandang maka hilai tawa berhenti seketika dan sama2 menjamah juadah yang tersedia. Program lebih kurang jam 9.00 malam dan aku bergerak pulang ke Putrajaya semula. Hidangan mmg begitu menyelerakan terutama siakap sweet sour dan puyuh goreng, tak pernah aku makan puyuh sebanyak tu. Total seorang RM30, bagi aku masih dlm kategori murah dengan hidangan yang disediakan, siap ada yang tapau puyuh goreng lebih, bukan aku yg tapau yer hehehe.
Terima Kasih kepada WiSER N9 yang sudi menganjurkan prorgam tahunan mereka dan menjemput aku dan semua warga WiSE yang lain.
Video ini menunjukkan seorang pelajar Malaysia dirompak oleh sekumpulan perusuh di London selepas dipukul oleh kumpulan perusuh yang lain sebelum itu. Video ini dirakam oleh seorang penduduk kawasan tersebut yang tidak dikenali, berkemungkinan dari rumahnya bila dilihat dari sudut dan ketinggian kedudukannya.
Sumber Video : The Sun UK
Pelajar tersebut dikenali sbg Mohd Asyraf Raziq Rosli, dalam perjalanan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa telah diserang oleh sekumpulan perusuh, dilaporkan pada masa tersebut beliau sedang berjalan bersama seorang lagi rakan beliau, tetapi rakan beliau sempat melarikan diri. Mohd Asyraf pada mulanya dibelasah oleh sekumpulan perusuh. Selepas itu ketika sedang kesakitan menahan luka pada mulutnya, beliau didatangi oleh kumpulan lain yang berlakon seperti cuba menolong beliau tetapi sebenarnya telah membuka beg dan merompak beliau. Dilaporkan oleh akhbar tempatan yang Mohd Asyraf kehilangan basikal, telefon bimbit dan wallet. Beliau juga telah dimasukkan ke Royal London Hospital akibat patah rahang dan kecederaan pada gigi dan akan menjalani pembedahan. Ibu mangsa juga telah di maklumkan oleh pihak MARA tentang insiden tersebut.
Dari respon2 di laporan2 berita dari London seperti The Sun dan The Telegraph, masih ramai penduduk London sendiri tidak menyokong rusuhan tersebut dan mengikut komen2 mereka, sebenarnya perusuh2 ramai menggunakan kesempatan rusuhan tersebut untuk mencuri, merompak dan melakukan kegiatan jenayah, bukan atas tujuan rusuhan atau perjuangan apa2, cuma sekadar mengambil kesempatan. Banyak kedai dipecah masuk, dirompak, dibakar dan di rosakkan. Begitu juga dengan kemudahan awam.
Rusuhan ini juga telah menyebabkan perlawanan persahabatan bolesepak antara England dan Belanda dibatalkan, kejohanan badminton piala dunia yang disertai pemain2 Malaysia juga dalam keadaan berjaga2. Dan paling membimbangkan England adalah kota London akan menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik musim panas pada thn 2012, ini boleh mengundang masalah dan imej negatif ttg keselamatan di London.
Rasanya buat masa skrg kalau ada rakan2 yang nak ke London tu batalkan lah dulu, tangguh ke masa lain. Keselamatan perlu diutamakan.
Tambahan gambar pegun untuk yang tak dpt tengok video.
Sumber Gambar : The Star Online
p/s: kalau kita dalam situasi mcm Mohd Asyraf ni, apa kita rasa dan fikir pada waktu tersebut ??