Bulan puasa tahun ni aku agak jarang pergi ke pasar ramadhan. Dah masuk hari ke sepuluh berpuasa, baru 3 kali aku ke pasar Ramadhan, itu pun 2 kali pada hari cuti. Lagipun dengar kata2 member2 yang dah pergi pasar ramadhan tahun ni harga barang agak mahal dan parking punya ler susah, so beli benda2 mentah dan masak jer simple2 kat rumah, lagipun malas nak buang masa pusing2 cari parking.

Dah dua lokasi pasar ramadhan aku dah menjelajah, pertama kat Presint 2, Putrajaya, dekat jer dengan office aku tapi hari biasa aku malas nak pergi sebab penuh sgt parking, so hujung minggu jer lah aku menapak. Kedua, kat Presint 15, Putrajaya, yang ni plak dekat dengan rumah aku, tapi tak sebesar yang di Presint 2 tadi. Tahun ni aku dapat tahu ada 4 lokasi pasar ramadhan di Putrajaya, Presint 2 paling besar, Presint 15, Presint 9 dan Presint 11.

Semalam kali kedua kau ke pasar ramadhan Presint 2, 1st time pergi lepas kerja dan nasib baik tak sesak sgt. Dapat jugak ler jumpa gerai yang jual kuih murah, 3 biji RM1.00 .. kira murah ler tu, kebanyakan gerai jual 5 biji RM2. Murtabak pun harga biasa RM2.00 sekeping. Tapi kat Presint 15 RM2.50. Jadi semalam menu aku berbuka Kuih keria 3 biji, Buah Melaka (onde-onde) 3 biji – RM2.00, Bubur lambuk -RM2.00, Murtabak –  RM2.00, air teh bunga – RM2.00 .. total RM8.00 …. sejarah tu aku pergi pasar ramadhan beli barang tak sampai RM10.00 hehehe.

Tapi ada sikit insiden time aku nak beli murtabak. Kalau korang tak pernah dtg pasar ramadhan di Putrajaya ni korang sure tak tahu beberapa sikap orang Putrajaya. Di pasar ramadhan Putrajaya untuk beli juadah ni org akan beratur cantik jer mcm kat kaunter pejabat. So jangan hairan ler kalau tempat yang menu special tu orang sanggup beratur sampai tawaf gerai tu. Tahun ni menu yang ramai orang beratur adalah Roti John Unan dan Murtabak Keramat. 

Berbalik kepada citer aku tadi. Time nak beli murtabak aku beratur n tunggu turn dekat 10 minit gak ler, tapi dlm bulan puasa ni tahu2 jer lah, 10 minit pun rasa lama. Tapi time aku tunggu order aku ada sorang mamat ni dalam umur 30an terus jer datang kat sebelah aku, terus order dan hulur duit, sedangkan kat belakang aku ada 6-7 orang lagi. Penjual tu minta dia beratur dulu sbb ramai lagi tgh tunggu, dia cakap takpe2 sambil hulur duit, aku dengar orang belakang dah perli2 mamat tu. Time penjual tu hulur murtabak aku dia lak hulur tangan depan aku n mcm nak ambik bungkusan tu. Apa lagi, kena tegur ler dengan aku, aku cakap “bang, tak tau beratur ker, kitorang beratur tunggu turn masing abg ni main potong Q jer, dh tu order saya pun abg nak potong, abg order apa tadi ?” tanya aku, murtabak ayam dia kata. Penjual tu cakap “ni murtabak daging, abang ni punya sambil tunjuk kt aku, cik beratur dulu yer” kata penjual tu. Aku pun tunjuk ke belakang sambil cakap “nampak tak line belakang saya ni bang, apa kata abg beratur dulu yer”. Aku tgk muka org kat belakang aku mmg dh mcm bengang jer dgn mamat tu. Mamat tu pun jawab “kena beratur ke? sori yer bang”, baru ler terkulat-kulat dgn muka malu2 cipan pergi kat  belakang line dan aku pun blah dari situ.

Bukan ler niat nak marah ke apa kat mamat tu walaupun ada rasa tak puas hati sikit, aku tegur pun dgn nada baik jer takde mcm sound pun, biasa ler bulan puasa tak baik marah2 org. Lagipun rasanya betul tindakan aku tu, untuk bagi kesedaran yang jangan pentingkan diri, orang lain pun nak cepat tapi bleh beratur dan bersabar tunggu turn, apsal mamat tu sorang jer tak boleh. Masuk waktu berbuka kat Putrajaya ni sama jer kat kawasan mana pun, kt Presint 2, Presint 8,Presint 9 dan mana2 Presint pun sama jer, so sabar lah sikit kan. Semua orang nak cepat tapi beretikalah sikit. Putrajaya ni tak sama macam Kuala Lumpur, drive kereta pun tak perlu cilok2 mcm sesetengah driver teksi tu yang bawa teksi macam kat KL, tu nanti ler aku citer dalam entri lain.

ciao

Selepas 2 entri berkaitan buffet ramdhan ni dipublishkan, nampaknya ramai yang berminat. Mungkin ramai yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa di luar pada masa ni.

Jadi untuk menambahkan lagi pilihan anda semua, aku masukkan satu lagi entri berkaitan, kira last entri berkaitan promosi berkaitan buffet Ramadhan yang murah dan berpatutan. Harap dapat menjadi sumber pilihan untuk anda berbuka puasa nanti.

Entri yang sewaktu dengannya …
Buffet Ramadhan 2011 Dgn Harga Berpatutan (under RM50) – part 1
Buffet Ramadhan 2011 Dgn Harga Berpatutan (under RM50) – part 2


MAEPS, Serdang
RM42.90 nett seorang
(promosi : boleh dapatkan baucer diskaun 10% dari harga di atas di laman Facebook MAEPS ni, search FB “ramadhan buffet maeps”)



The Nomad Bistro, The Nomad Sucasa, Jalan Ampang
RM50.00 nett seorang


Hotel City Villa, Kuala Lumpur
RM32.00++ seorang


Malaya Steamboat, Sri Gombak
RM23.80+ seorang


Hotel Putra KL, Kuala Lumpur

RM45.00 nett seorang



Bangi Village Steamboat, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

RM25.00 seorang
http://bangivillagesteamboat.blogspot.com/

Palma Cafe 

(Kompleks PKNS Bangi/SACC Mall Shah Alam/Seksyen 19 Shah Alam)
RM28.00+ seorang

Dah habis buat listing, masa untuk mencuba plak mana yang sempat nanti.

Terima kasih kepada yang sudi menjengah ke blog ini dan kepada yang dah mencuba mana-mana lokasi yang ada dalam blog nih, silalah komen sikit sedap atau tak hidangan yang dah dicuba tu … 🙂



Alhamdulillah … tu jer lah ucapan yang keluar, dapat gak maintain budget raya kali ni…

Dah beberapa tahun kakitangan awam tak merasa dapat bonus, akhirnya tahun ni dpt gak setengah bulan. Sebelum ni kakitangan awam hanya merasa bayaran saguhati, ihsan dan mcm2 nama lagi ler dipanggilnya sebanyak RM500 tapi tahun ni dapat juga merasa bonus setengah bulan. Dan diberikan sebelum raya .. lagi ler suka warga kakitangan awam .. tapi aku tak berapa suka, sebabnya, konfirm sebelum sampai raya dah habis duit bonus tu sebab berbelanja raya sakan. Lepas tu sama jer statusnya, duit bonus macam tak sempat pegang pun rasanya. Tapi tu masing2 punya sikap dan nafsu berbelanja ler. untuk yang berkeluarga besar tu memang banyak membantu lah untuk perbelajaan raya anak2. Ada pro dan kontra nya lah mengikut situasi.


Bagi aku pengumuman ni adalah bagus untuk tingkatkan motivasi kerja kakitangan awam seperti aku. Ramai orang memperlekehkan kakitangan awam ni, terutama orang yang kerja swasta. Bagi mereka kakitangan awamn kurang kerja dan tak profesional. Tapi hakikatnya kerja di sektor awam ni sekarang dah sama level dgn kerja swasta. Bertimbun-timbun kerja seharian, mengadap dokumen dan report sampai malam, kerja luar sampai berminggu kadang-kadang tu, kena tinggal anak bini bagi yang dah berkeluarga dan macam-macam lagi. Ramai orang memberi komen negatif sebab meraka tak tahu situasi sebenar dalam sektor kerajaan.

Selain itu, komen-komen negatif juga keluar apabila segolongan kakitangan awam ni suka membuat perangai malas dan membuat kerja sambil lewa. Memang tak dinafikan memang ada golongan sebegini dalam sektor awam. Tapi pernahkah disiasat betul2 level manakah, jawatan apakah kakitangan awam yang sifat sebegitu ? Kakitangan awam ni bukan semua lepasan diploma, bukan semua lepasan Ijazah … ada yang lepasan SPM dan SRP juga. Jadi mentaliti dan cara motivasi kerja masing2 adalah berbeza, jadi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kat pejabat yang ada pekerja tak sampai 50 org pun ada yang berperangai sebegitu ni kan pula kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang, mesti tak lepas dari keadaan dan masalah yang sama. 

Kadang-kadang aku tengok sesetengah kakitangan awam ni nak naik pangkat, tapi tak nak pindah. Bila kemahuan tak dituruti mula ler buat laporan kat NGO laa, buat press conference laa … bukan ke masa mula2 minta kerja dulu dah diberitahu yang kakitangan awam ni mmg mobile dan mungkin akan dipindahkan mengikut keperluan. Kat office aku ni, antara tempat yang selalu kakitangan dipindahkan disebabkan naik pangkat atau sebab penstrukturan semula. Tapi tak pernah lak timbul situasi mengadu kat pihak luar nih. Yang rasa tak nak pindah disebabkan kenaikan pangkat diorang tolak offer kenaikan pangkat tu dan terus di tempat lama. Dalam sektor awam, jawatan bukan boleh senang-senang nak dicipta di tempat-tempat kerja. Perlu dapatkan kelulusan JPA dan kena babitkan peruntukan pula. Jadi kalau dah jawatan tu takde di tempat tersebut terpaksalah kakitangan tersebut ditukarkan, tapi ia untuk memenuhi keperluan naik pangkat kakitangan tersebut juga, bukan saja2 dipindahkan (kecuali ada kes2 lain di sebaliknya lah). Rasanya semua kakitangan awam faham kot situasi ni, tapi ada juga yang sengaja buat2 tak faham rasanya.

Satu lagi mungkin juga pembayaran bonus kali ni sebab pilihanraya dah dekat kot hehehe. Kakitangan awam ni 1.2 juta orang, pesara lak lebih 200 000 rasanya. Jadi besar jugak pengaruh kakitangan awam dalam pilihanraya … tapi ni sekadar andaian aku jer lah hehe.

Banyak lak aku membebel … yang penting untuk kakitangan awam semua, sama-samalah kita nantikan bonus tahun ni, dah dapat bonus tu jangan berbelanja mambabi buta. Berbelanja dengan berhemah dan guna akal bukan ikut nafsu … ciao
Baru-baru ni aku ada terbaca satu petikan yang mengatakan Starbuck Coffee telah disahkan JAKIM sebagai HARAM. Aku takde lah hairan sgt sebab aku bukan minat pun hal2 berkaitan kopi nih. Tapi nak dijadikan cerita, harini sedang aku duk surf laman web JAKIM dan Halal sebab nak cari maklumat lain, tiba2 terserempak lak dengan kenyataan dari pihak JAKIM. Kenyataan yang berupa satu jawapan dari pihak JAKIM yang menafikan pihak JAKIM membuat pengumuman sedemikian. Jadi tergerak rasa nak maklumkan hal ni supaya sesapa yang baca blog aku ni tak mendapat info yang salah dari sumber yang tak betul.


Sila rujuk ke link berkenaan untuk mendapat maklumat selanjutnya …
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/244-isu-berkenaan-aduan-starbuck-coffee

Mengikut jawapan JAKIM tersebut, Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM pada 1 Ogos 2009 dan sah sehingga 31 Julai 2012. Jadi, pengesahan yang benar sah adalah JAKIM mengesahkan yang Starbuck memang mempunyai Sijil Pengesahan Halal. 


Aku bukanlah nak suruh orang pergi beli Starbuck nih, cuma aku nak menyampaikan maklumat yang betul, tu saja. Kalau maklumat tu tak betul dan kita sebarkan jadi kita pun adalah ejen penyebar fitnah dan maklumat yang salah. Isu yang aku bangkitkan ni dari segi sebaran maklumat yang tak betul dan dari aspek HALAL, kalau dari aspek lain mcm syarikat Starbuck ni Yahudi punya ke, Amerika punya ke, yang tu isu lain dan takde kaitan dgn entri aku kali ni yer. 

Apa pun aku tak kisah sgt sebab aku mmg dah tak layan pun Starbuck ni, layan Kopi Cap Kapal Api lagi bagus hehehe … ciao
Entri kali ni, aku nak share pic beberapa toilet pelik dan unik yang aku terserempak kat internet. Yang pasti semua toilet ni takde kat Malaysia. Tapi kreativiti manusia ni memang kadang2 tak dapat dibayangkan.

Tempat buang air kecil open tgh2 public. Kalau ada kat Malaysia pun konfirm takde org nak guna rasanya. Tak pun ada yang saman Majlis Bandaraya yg buat tempat buang air kecil macam ni, TERLALU OPEN.

Yang ni lebih kepada hiasan, tapi mcm kelakar sikit, seolah2 ada pompuan tgh tgk kita buang air dgn ekspresi muka yang pelbagai hehe

Ini pula toilet di sebuah resort ski di Jepun, cara mereka mempromosikan aktiviti ski. Mcm betul2 nak mula berski. Sesiapa yang gayat tu rasanya payah juga nak menunaikan hajat dlm toilet ni hehe
Lastly, toilet nih, di Boston USA. Dinding diperbuat dari cermin ala-ala cermin bilik soal siasat polis. Dari luar just nampak cermin biasa, tapi bila masuk dalam, org yang menggunakan toilet ni akan nampak org ramai yang lalu lalang di kawasan tu. Walaupun org di luar tak nampak org di dalam tapi konfiden ke nak guna hehehe …
Seperti yang dijanjikan, ini dia sambungan list buffet Ramadhan yang harga di bawah RM50.00 untuk pilihan anda. Tambahan dari entri Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) yang pertama haritu. Iklan2 yang baru terserempak, jadi bolehlah tambah lagi senarai pilihan.

entri yang sewaktu dengannya …
Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) – part 1 
Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) – part 3


Restoran Bangi Golf Resort, Bangi
RM48.00 nett seorang 
(harga di atas untuk pembelian kupon@tempahan awal call 03 – 8925 3728 or 03 – 8210 0265.)


Selamba Cafe, Wangsa Maju
RM29.00++ seorang



Aroma, Hotel Radius-International, Changkat Bukit Bintang
RM50.00 nett seorang



Bangkok House (Cawangan Shah Alam)
RM45.00 nett seorang



BBQ Restaurant Pannaz, Damansara Perdana

RM49.00 nett seorang



Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju
Isnin – Khamis RM43.90+ seorang
Jumaat – Ahad RM46.90+ seorang
to be continue …
Sebagai pembukaan tirai English Premier League/Barclays Premier League, sekali lagi menobatkan Manchester United sebagai JUARA Community Shield dan pasukan yang perlu digeruni bagi musim kali ini.


Pertemuan All Manchester .. Manchester United (Juara Liga) dan Manchester City (Juara Piala FA) berakhir dengan keputusan memihak kepada Manchester United. Penonton disajikan dengan 5 gol. Man City pada separuh masa pertama mendahului dengan 2 gol, tetapi Man Utd bangkit pada separuh masa kedua dengan mencatatkan 3 gol dan gol ketiga dijaringkan Nani pada masa kecederaan. 

Sir Alex Ferguson nampaknya menurunkan barisan baru Man Utd untuk musim kali ini dan nampaknya Man Utd tetap berbisa, pemain2 yang baru dibeli dan pemain2 muda dari akademi Man Utd nampaknya menunjukkan kredibilit sbg baik dalam perlawanan pembukaan ini. Sekali lagi Sir Alex Ferguson membuktikan pembelian dan pemilihan pemain baru musim ni menampakkan hasilnya. Man City nampaknya berputih mata dan mungkin agak kecewa dengan brisan pemain bintang yang dibeli dengan nilai tinggi masih belum dpt menumpaskan Man Utd kalai ini.

GLORY GLORY GLORY Manchester United.